Jaguar F-Pace 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM598,800

Jaguar F-Pace 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM598,800 oleh Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia Sdn Bhd. Model serba baru bagi kategori segmen performance SUV iaitu Jaguar F-Pace di Malaysia ini boleh di dapati dalam dua varian:

Jaguar F-Pace 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM598,800

  • F-Pace Prestige: RM598,800
  • F-Pace R-Sport: RM658,800
Menurut Pengarah Urusan JLR Malaysia Datuk Aishah Ahmad, "Kita mempunyai produk baru yang menakjubkan yang akan memenuhi keperluan para pelanggan yang menyukai SUV praktikal, aspek pemanduan kereta sports dan prestij dari jenama ikonik. Berbanding dengan SUV mewah yang lain dalam segmennya, Jaguar F-Pace serba baru menawarkan segalanya yang lebih baik - better drive, better looks and better technology "
Bagi yang berminat gaya eksekutif boleh memilih model Jaguar Black Pack R-Sport yang datang dengan pelbagai ciri-ciri pilihan. Dengan tambahan pelbagai kit menarik, harga model ini berjumlah RM704,624.

Ciri-ciri standard Jaguar F-Pace Prestige adalah seperti berikut:
  • Bi-xenon LED headlights with DRLs
  • 10-way powered front seats
  • Blind Spot Monitor
  • Reverse Traffic Detection
  • Gesture Controlled Powered Tailgate
  • Lightweight Aluminium Architecture
  • 508 litres storage space
  • 18-inch wheels
  • 8-inch touchscreen
  • Monotube dampers
  • Intelligent Driveline Dynamics
  • Analogue instrument cluster with 5-inch TFT display
  • Torque Vectoring

Jaguar F-Pace R-Sport mendapat ciri-ciri tambahan seperti:
  • Adaptive LED headlamps
  • All-surface Progress Control
  • R-Sport Bodykit
  • R-Sport steering wheel
  • R-Sport metal treadplate
  • In-Control Touch Pro infotainment system
  • 14-way powered front seats
  • 10.2-inch touchscreen
  • 12.3-inch full virtual instrument cluster
  • Adaptive Dynamic suspensions
  • Configurable Dynamics
  • Adaptive Surface Response

Jaguar F-Pace 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM598,800

Bukan itu sahaja, Jaguar F-Pace R-Sport Black Pack yang pada asasnya adalah model R-Sport yang di lengkapi dengan aksesori pilihan seperti:
  • 22-inch wheels
  • Activity Key
  • Gloss black grille and finishes
  • Illuminated Metal Treadplates
  • Rear Seat Comfort Pack
  • Meridian 380W Audio System

Jaguar F-Pace 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM598,800

Hanya satu pilihan enjin boleh di dapati iaitu 3.0-liter Supercharged V6 dari model F-Type Sport yang menghasilkan 340PS yang di gabung dengan transmisi automatik elektronik lapan kelajuan. Ini membolehkan F-Pace untuk memecut dari 0-100kph dalam 5.8 saat sehingga maksimum 250kph yang di kawal secara elektronik.

Jaguar F-Pace di import sepenuhnya dari UK, pembinaan struktur badan terdiri daripada 80 peratus aluminium, menjadikannya salah satu daripada kenderaan yang paling ringan di dalam kelasnya. Ukuran F-Pace 4,731mm panjang dengan jarak roda 2,874mm.

Kawalan kuasa penuh dari sistem all-wheel-drive (AWD), F-Pace di tawarkan dalam sembilan varian warna. Jaminan dari Jaguar Care yang adalah  5 tahun dan servis percuma. Selain itu, kenderaan itu juga mendapat tiga tahun jaminan Roadside Assistance Jaguar.

Harga yang dipaparkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon