Kawasaki Versys-X 250 Di Lancarkan Di Indonesia, Harga Dari RM20,000

Kawasaki Versys-X 250 Di Lancarkan Di Indonesia, Harga Dari RM20,000 sebulan lalu dan di jual dalam dua versi, Versys-X 250 City dan Tourer, laman web Kawasaki Indonesia menyenaraikan harga dari 61.900.000 rupiah (RM20,397) dan 72.700.000 rupiah (RM23,956) untuk model City dan Tourer.

Kawasaki Versys-X 250

Kedua-dua mesin dual purpose ini di kuasakan enjin berkembar 249 cc sejukan cecair dengan DOHC lapan-injap. Tiada di nyatakan kuasa kuda, tetapi pasti ramai yang dapat agak enjin Versys-X berdasarkan Kawasaki Ninja 250R, dengan kuasa sekitar 29.9 hp 250R di 10.500 rpm dan tork 21.7 Nm pada 10,000 rpm.

Kawasaki Versys-X 250

Sistem pembakaran adalah dari jenis EFI, twin throttle body dilengkapi dengan dual throttle valves. Kuasa enjin di kawal dengan baik dari kotak gear enam kelajuan dengan slipper clutch, dengan roda hadapan 19 inci dan roda belakang 17 inci.

Kawasaki Versys-X 250

Brek dari jenis single disc berukuran 290 mm depan dan 220 mm belakang, dengan kaliper Nissin hidraulik. Tangki petrol agak besar 17 liter, dan fork depan jenis teleskopik 41 mm dan sistem monoshock dari jenis Uni-Trak gas pada belakang.

Kawasaki Versys-X 250

Bagi model Versys-X 250 Tourer, brush guard di datangkan sebagai alatan standard, di lengkapi dengan twin auxiliary driving lights, hand guards dan rear panniers juga sebagai alatan standard pada Tourer, manakala versi City tiada parts seperti di atas.

Kawasaki Versys-X 250

Dua pilihan warna di tampilkan bagi Versys-X 250. Candy Lime Green/Metallic Graphite Gray dan Candy Burnt Orange/Metallic Graphite Gray untuk model Tourer, dan model City mendapat warna Candy Lime Green/Metallic Graphite Gray dan Metallic Graphite Gray/Flat Ebony.

Kawasaki Versys-X 250

Kawasaki Versys-X 250 model yang menarik yang perlu Kawasaki Malaysia pertimbangkan untuk di bawa masuk. Ramai penunggang Malaysia yang mahukan model serbaguna seperti ahli keluarga terbaru Versys ini pada harga mampu milik. Dan Kawasaki Versys -X250 adalah model yang tepat.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon