KTM Perkenal Model Baru 790 Duke 2017 Dalam Versi Prototaip

Pengeluar motorsikal naked terkenal dari Austria iaitu KTM Perkenal Model Baru 790 Duke 2017 Dalam Versi Prototype bukan lagi hanya khabar angin, ini memberi tanda bahawa KTM 790 Duke dalam proses menjadi model jalanan sebenar yang akan di jual di pasaran dunia bermula 2017.

KTM Perkenal Model Baru 790 Duke 2017

Di katakan bakal menganti model 690 Duke, versi prototaip 790 Duke yang di tunjukkan dalam video di bawah mempamerkan semua kemampuan dan kegilaan 790 Duke yang pastinya peminat KTM cukup sedia maklum. Ya ini adalah sebuah mesin dua roda ekstrem yang keluar terus dari kilang tanpa perlu anda ubahsuai.

Pertama kali di pertontonkan pada pameran EICMA di Milan, Itali, 790 Duke mempamerkan wajah baru KTM, headlight baru yang lebih tajam dengan rekaan lampu baru beserta lampu led siang. Suit tunggangan juga penuh dengan alat bantuan kawalan elektronik seperti sistem ride by wire yang tidak asing lagi bagi mesin yang liar begini.


Sistem suspensi sudah tentu dari jenis WP dan ianya di tingkat taraf dari mode sebelumnya 690 Duke. KTM 790 Duke sememangnya adalah Supermoto tulen dengan prestasi sebenar. Berapa harganya? Dari sumber yang boleh di percayai harga KTM 790 Duke adalah RM52,000 termasuk GST. Anda rasa berbaloi dengan harga itu?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal