MV Agusta Di Pasang Di Malaysia Dan Buka Pusat 3S Di Batu Caves Selangor

MV Agusta Di Pasang Di Malaysia Dan Buka Pusat 3S Di Batu Caves Selangor. Jenama ikon terkenal dari Itali iaitu MV Agusta akan membuat kemunculan semula di Malaysia apabila satu perjanjian di buat dengan DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd untuk pemasangan dan pengedaran motosikal jenama itu di Malaysia. Sebuah syarikat khas turut di tubuhkan untuk tugas itu dan di namakan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ini di lakukan oleh pengarah eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Hu Ying, pengarah urusan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Zamry Abu Samah dan pengurus negara timur MV Agusta Motor SpA, Judah Sangaran.

MV Agusta Di Pasang Di Malaysia Dan Buka Pusat 3S Di Batu Caves Selangor

Dengan adanya perjanjian ini, Moto Varese Asiatic akan memasarkan varian terpilih daripada 8 model MV Agusta yang ada dan semua model ini akan dipasang di kilang DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd di Olak Lempit, Selangor. Ini adalah kilang sama yang mengeluarkan motosikal Demak, cuma ia ditambah dengan baris khas untuk motosikal MV Agusta.
Pemasangan tempatan ini hanyalah untuk pasaran Malaysia sahaja dan buat masa ini, tiada sebarang komponen tempatan yang di gunakan, jadi jangan risau tentang kualiti jenama ini walaupun di pasang di Malaysia. Semua komponen untuk motosikal tersebut akan di import, cuma pemasangan sahaja di jalankan oleh DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd.
MV Agusta Di Pasang Di Malaysia Dan Buka Pusat 3S Di Batu Caves Selangor

Tiga model MV Agusta terawal yang akan di pasang dan di edarkan oleh Moto Varese Asiatic adalah Brutale 800, Brutale 1090 dan Turismo Veloce. Ia kemudiannya akan di ikuti oleh semua model lain MV Agusta yang ada. Untuk menyediakan khidmat kepada pengguna baru dan sedia ada MV Agusta, sebuah pusat 3S juga akan di buka di Batu Caves, Selangor untuk pelbagai lagi aktiviti promosi lain. Turut di nyatakan adalah pembukaan dua lagi pusat pameran sebelum tahun 2017 berakhir.
Menurut Sangaran, MV Agusta sentiasa adalah jenama motosikal yang ‘super premium’. Dengan pemasangan tempatan ini, mereka tidak menjanjikan sebarang penurunan harga yang banyak, tetapi ia akan menjadi lebih kompetitif dengan jenama lain apabila mula berada di pasaran awal tahun 2017. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon