Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469

Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469 di Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur pada December 2016 lalu, pengedar tempatan Benelli Keeway dan juga Honda dengan model MSX 125 di lihat nekad untuk memecah dominasi kelas Minibike kini dikuasai oleh Kawasaki Z125 Pro.

Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469

Spesifikasi enjin TnT135 agak unik, di kuasakan enjin satu silinder SOHC 135 cc, dengan sistem oil cooled dan sistem pencucuh berkembar, TNT135 mampu menghasilkan kuasa 13hp pada rev enjin yang sekata, menjadikan model ini lebih fleksibel dan mudah di tunggang. Enjin digandingkan dengan kotak gear lima kelajuan, jadi anda boleh maksimumkan pengunaan kuasa enjin sebaiknya. Sistem ekzos agak menarik, tak ubah seperti model MV Agusta Brutale.

Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469

Reka bentuk casis dari jenis steel tube trellis, sistem suspensi depan dari jenis fork USD 41 mm di depan dan sistem monoshock di belakang yang boleh dilaraskan untuk pra-beban. TnT135 mengunakan roda aloi 12 inci depan dan belakang dengan tayar berprofil tinggi. 

Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469

Mengunakan lampu LED pada depan dan belakang, panel isntrumen dari jenis digital memaparkan semua informasi yang di perlukan oleh penunggang. Serius Benelli TnT135 seperti model Nakedbike berkuasa 600cc yang di kecilkan bentuknya...

Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469

Benelli TnT135 2017 mungkin pilihan lebih baik dari segi harga RM8,469 termasuk GST berbanding dengan Kawasaki Z125 Pro125 cc 2016 dengan empat kelajuan, , yang dijual pada harga RM10,435, termasuk GST. Honda MSX 125 juga mungkin tidak dapat mengatasi kehebatan TnT135 ini.

Benelli TnT135 2017 Di Lancarkan, Harga RM8,469

Sementara itu, Dante Bustos, ketua pegawai pemasaran untuk Benelli, berkata semasa sidang akhbar bahawa Benelli TRK 502 akan dilancarkan di seluruh dunia antara April dan Jun tahun depan, selepas sambutan yang menggalakkan semasa pelancaran awal di China. Nampaknya Benelli memang agresif kali ini... Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon