Harga Empat Model Premium Kawasaki 2017 Di Malaysia

Kawasaki Motor Malaysia (KMM) secara rasmi melancarkan empat model premium serentak. Model tersebut ialah Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS dan Versys-X 250. Dan Pengarah Urusan KMM, Datuk Jeffrey Lim, ZX-10RR dan H2 di lancarkan selepas ini.

Harga Empat Model Premium Kawasaki 2017 Di Malaysia

KMM berharap akan kembali menguasai pasaran di malaysia. Sejak dua tahun kebelakangan ini, landskap ekonomi Malaysia berubah dengan nilai Ringgit Malaysia yang lemah mempengaruhi kuasa membeli rakyat Malaysia. Malah pasaran dua roda turut terkesan dengan situasi ini.

“Saya yakin KMM akan kekal kompetitif ketika mengharungi tempoh sukar ini. KMM sentiasa memahami gaya hidup pengguna dan memperkenalkan produk yang menepati selera mereka,” kata Pengerusi Eksekutif KMM, Ahmad Faez Yahya.

Harga empat model baru Kawasaki 2017 yang di bawa masuk dari Thailand ini cukup kompetitif. Berikut adalah spesifikasi dan harga empat model premium Kawasaki 2017 Di Malaysia yang baru di lancarkan.

Kawasaki Z900 ABS


Di kuasakan enjin 4-lejang 4 silinder sebaris berkuasa 948cc sejukan cecair dengan karakter putaran enjin yang cepat dan kelajuan julat pertengahan yang kukuh. Seperti model legenda Kawasaki kelas 900cc 4 silinder sebaris (Z1, Ninja/GPz900R, Ninja ZX-9R), Z900 memberi keseimbangan kuasa sublime dan pengendalian-ideal buat model supernaked.

Harga Z900 di anggarkan RM58,000

Perubahan besar pada Z900 menggunakan rangka trellis-keluli tegangan tinggi. Hasilnya, berat Z900 hanya 210 kilogram (kg), 21kg lebih ringan dengan Z800! Z900 versi Edisi Khas hanya 213kg. Berat rangka hanya 13.5kg yang memberi pengendalian lebih lincah.

Klac menggunakan dua cam iaitu assist cam dan slipper cam. Beroperasi serentak atau berasingan. Assist cam berfungsi sebagai mekanisme self-servo, mengurangkan jumlah bebanan spring klac dan menjadikan tarikan tuil klac lebih ringan. Manakala slipper cam mengurangkan back-tork yang mengelak gejala tayar tergelincir (skidding) atau melompat. Ketika penunggang melakukan enjin brek saat menurunkan gear rendah, slipper cam akan mengambil alih.

Selepas Z1000, Z900 merupakan model kedua mendapat kelebihan 'penyelidikan bunyi' iaitu talaan semula bunyi intake. Rekaan kotak angin di reka dalam ujian akustik di dalam bilik bunyi. Bunyi kemasukan udara dari Z900 adalah jelas dan lembut. Ciri ini di bangunkan berdasarkan respons dari perlumbaan.

Papan pemuka meter lebih mudah di baca dengan LCD Multi fungsi yang lebar bersama perincian gentian karbon. Takometer analog di letakkan sebagai bingkai skrin multi fungsi. Di tengahnya tersedia indikator gear dan speedometer digital.

Hendal bar yang rata dan lebar memberikan posisi tunggangan sporty. Posisi tegak menawarkan kawalan dan keselesaan dalam pelbagai situasi tunggangan. Bagi penunggang rendah atau tunggangan jauh, anda akan menghargai keselesaan yang di tawarkan Z900.

Tinggi pelana 795 milimeter (mm) dan badan jentera yang slim memudahkan akses kepada penunggang yang rendah. Bahkan mudah dikendalikan saat pecutan tinggi dan kelajuan rendah. Ini memberi keyakinan kepada saiz penunggang yang pelbagai.

Z900 menerima garapan gaya rekaan Sugom agresif inspirasi dari model Z1000. Gaya tajam mewakili imej terkini Z900 bersama siluet tersendiri. Sugomi itu mewakili elemen teras prestasi dan gaya model supernaked keluarga Z. Kedudukan bahagian depan rendah dan ekor yang tinggi memberi bayangan berbeza Z900. Melengkapkan gaya supernaked ini dengan lampu belakang LED berbentuk Z. Dari pandangan Z900 kelihatan sporty.

Selain model standard, pasaran tempatan turut menerima Z900 Edisi Khas. Versi itu di datangkan dengan aksesori standard seat tunggal, cover meter lebih tinggi, outlet DC, pelindung radiator, slider, penutup ring enjin, slider gandar depan dan pad tangki dan pad lutut. Edisi khas berkenaan di datangkan dengan warna biru manakala Z900 ABS berwarna kelabu. Harga Z900 di anggarkan RM58,000 dan bakal berada di pasaran pada Mac 2017 depan.

Kawasaki Versys -X250


Versys-X 250 adalah motor kategori Sports Tourer kelas 250cc pertama di pasaran Malaysia. Tetapi KKM masih belum memutuskan masa yang tepat untuk memasarkan model ini. Harga seunit Versys-X 250 di anggarkan RM25,000

Harga seunit Versys-X 250 di anggarkan RM25,000

Di kuasakan Enjin 249cc 4 lejang yang di tala menghasilkan kuasa lancar pada rpm rendah dan sederhana serta pecutan yang kuat pada rpm tinggi. Model touring ini turut di lengkapi dengan klac assist dan slipper.

Rangka Versys-X250 ini mampu menahan gegaran dan hentakan dengan baik ketika off road. Suspensi travel yang panjang menyeimbangkan tunggangan pada apa jua permukaan jalan. Manakala suspensi link uni-trak di belakang menawarkan kestabilan dan keselesaan.

Rim bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang juga menawarkan pengendalian lebih baik  pada jalan tidak berturap berbanding model Versys lain. Dengan tayar tiub pelbagai guna bersama padanan corak bunga sesuai dengan tugasnya sebagai jentera kembara.

Enjin di lengkapi dengan pelindung kipas radiator yang mengalihkan udara panas ke bawah dan jauh dari penunggang. Sementara fairing yang besar mengalirkan udara enjin panas keluar dan meningkatkan keselesaan penunggang apabila dalam kesesakkan trafik.

Rekaan penghalang angin yang besar bersama rekaan kowl bawah yang tinggi menjadikan tunggangan jauh lebih selesa dan memberikan penggayaan imej lasak pada jentera. Tinggi pelana 815mm dan rekaan slim memudahkan penunggang menjejakkan kaki di atas jalan ketika berhenti.

Di lengkapi takometer besar yang di apit dengan lampu amaran di kiri dan indikator gear serta skrin LCD di sebelah kanan memberikan kualiti premium. Posisi kedudukan yang tegak dan bar hendal lebar memberi keselesaan perjalanan jauh malah pelana belakang luas dan tersedia bar pemegang untuk pembonceng.



Kedua-dua model di kuasakan enjin 4 lejang 2 silinder selari 649cc dengan sistem sejukan cecair. Enjin di tala kembali untuk memberikan kuasa pada julat rpm rendah dan sederhana. Talaan baru enjin Z650 ini juga menawarkan tindak balas pendikit yang lebih responsif. Kedua-dua model turut dilengkapi  klac assist dan slipper.

harga Ninja 650 ABS ialah RM38,000

Model Z650 naked dan Ninja 650 supersport kini lebih ringan hasil penggunaan rangka keluli tegangan tinggi yang baru sama seperti Z900. Rangka seberat 15kg itu menyumbang kepada pengendalian lincah hasil dari pengurangan berat yang ketara.

Di reka menggunakan teknologi analisis dalaman Kawasaki, rangka trellis dan swingarm adalah kunci utama kepada pengendalian ultra ringan dua model ini. Merangkumi komponen lebih ringan menjadikan berat Z650 hanya seberat 187kg dan Ninja 650 pula 193kg.

Kedua-dua model di lengkapi dengan fork teleskopik 41 milimeter bagi mengawal hentakan di roda depan. Tuil brek dan klac boleh di laraskan dengan lima cara mengikut keselesaan. 

Model Z650 juga mendapat rekaan Sugomi yang mendefinisikan elemen rekaan bergaya dan prestasi. Gaya Ninja 650 pula di serlahkan dengan reka bentuk fizikal tirus dan padat termasuk kowling depan yang tajam sama seperti model supersport Ninja Kawasaki.  

Identiti Z di terjemahkan menerusi lampu belakang LED berbentuk Z. Memberikan imej sporty pada Z650 dari belakang. Manakala Ninja 650 tampil berbeza dengan rekaan X.

Harga Z650 RM37,000

Bakal berada di pasaran sekitar April depan, Ninja 650 ABS hadir dalam dua pilihan warna, hijau dan oren. Anggaran harga Ninja 650 ABS ialah RM38,000. Sementara versi naked Z650 di tawarkan dalam dua warna iaitu hijau dan titanium. Harga Z650 RM37,000. Sumber : Sinar dan KMM

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon