Kawasaki Ninja 250 2017 Dengan Rekaan Baru Lebih Agresif

Kawasaki Ninja 250 2017 Dengan Rekaan Baru Lebih Agresif telah di dedahkan oleh Laman Facebook Young Machine di muka hadapan majalah permotoran popular dari Jepun baru-baru ini. Dengan beberapa lakaran model-model baru yang di tampilkan. Kawasaki Ninja 250 2017 agak menarik perhatian kerana sudah pasti lakaranya bukan dari model konsep.

Bukan hanya menampilkan rekabentuk baru yang lebih segar dan agresif, sumber juga menyatakan Kawasaki Ninja 250 2017 akan mendapat sentuhan baru pada enjin dengan prestasi lebih berkuasa, ura-ura menyatakan ianya adalah enin supercharged 250cc baru? Mungkin tidak kerana Majalah rasmi Young Machine tidak menyatakan hal itu.

Kawasaki Ninja 250 2017

Namun ada juga menyatakan ianya bakal di kuasakan enjin 4 silinder 250cc? wow jika benar sudah pasti lagenda ZXR 250 sudah kembali dan adakah versi enjin baru ini lebih baik dari versi 250cc 1997 yang lalu? Mungkin ramai peminat Kawasaki maklum yang enjin ini cukup bagus dan berkuasa dalam kelas 250cc cuma agak bermasalah masalah ketahanan injap di sebabkan enjin 250cc 4 silinder mempunyai rev yang cukup tinggi!!!

Tapi jangan cepat gembira... Lihat gambar di atas, anda akan lihat casis Ninja 250 2017 ini seperti casis model sebelum ini, dah kami pasti ianya bukan enjin 4 silinder yang di khabarkan. Sudah pasti ianya enjin 250cc 2 silinder sebaris!!! 

Melalui beberapa informasi terkini dari sumber luar negara juga, Kawasaki telah pun menambah baik beberapa komponen baik dari segi luaran dan dalaman termasuk rekabentuk. Kawasaki Ninja 250 2017 di jangkan akan menampilkan ciri-ciri baru berikut :
  • Rekaan lampu depan lebih kecil dengan lampu jenis LED
  • Lampu belakang jenis LED
  • Tangki bahan api lebih besar pada kedudukan yang lebih tinggi
  • Rekaan fairing yang lebih ramping dan penampilan lebih sporty
  • Sistem suspensi depan jenis Upside-Down Fork (USD)
  • Paparan instrumen meter baru lebih menarik
  • Sistem brek lengkap dengan sistem brek ABS (Dual Channel ABS)
  • Berat Ninja 250 2017 lebih ringan, prestasi lebih responsif dan kebolehan mengambil selekoh yang lebih tajam.
  • Prestasi keseluruhan termasuk harga yang di tawarkan di katakan mampu mencabar Honda CBR250RR 2017 dan Yamaha YZF-R25 2017.
Apa yang boleh di katakan mengenai Ninja 250 2017 ini? satu tindak balas cepat dari Kawasaki terhadap Honda dan Yamaha yang mana  CBR250RR dan R25 sebelum ini telah pun mengugat takhta Ninja 250 sebagai pioneer kelas sportbike 250cc.

Kawasaki Ninja 250 2017 Dengan Rekaan Baru Lebih Agresif

Nampaknya tiga pengeluar dari Jepun ini tertumpu bersaing sesama sendiri seperti tidak kisah KTM dengan barisan model RC mereka yang tidak kurang hebat.. mungkin lebih baik sedikit dari tiga model di atas... sekadar pandangan peribadi.

Bilakah Kawasaki Ninja 250 2017 bakal di lancarkan? Pelancaran atau pengenalan rasmi mungkin akan di adakan pada lewat tahun 2017, atau pada awal tahun 2018. Jangan tanya harganya selagi belum di lancarkan. 

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon