Rumours Benelli Uji Model Kapcai Di Malaysia

Rumours Benelli Uji Model Kapcai Di Malaysia? itulah maklumat terkini dari pengeluar terkenal Itali yang kini di miliki Syarikat Keeway China. Walaupun masih tiada lagi makluman rasmi namun ianya tidak mustahil Benelli bakal melangkah ke segmen moped atau lebih popular dengan nama kapcai di Malaysia dan Asean.

Rumours Benelli Uji Model Kapcai Di Malaysia

Masih tiada lagi sebarang gambar spyshot mengenai model kapcai Benelli yang di nyatakan, namun jika anda masih ingat Benelli baru-baru ini telah melancarkan model minibike TnT135 yang hanya berharga RM8,469 untuk pasaran minibike yang mula popular di Asean, bagi memberi saingan model Honda MSX yang berharga RM11,128 dan Kawasaki Z125 Pro yang mula popular di Asean.

Rumours Benelli Uji Model Kapcai Di Malaysia

Rumours mengatakan Benelli sedang menguji dua model moped terbaru dengan enjin 125cc dan 150cc, namun tarikh pengeluaran untuk kedua model masih belum dapat di pastikan. Adakah ianya Benelli MV Tornado 125 yang telah membuat debut kemunculan di EICMA 2015?

Rumours Benelli Uji Model Kapcai Di Malaysia

Rumours juga menyatakan model kapcai Benelli itu akan di lancarkan di pasaran Malaysia pada tahun ini selepas Benelli Tornado 302R, model sports tourer TRK 502 dan juga model scrambler Benelli Leoncino di lancarkan pada 2017.

Rumours Benelli Uji Model Kapcai Di Malaysia

Jika benar, kemasukkan model kapcai Benelli dengan enjin 125cc atau 150cc pasti akan memeriahkan lagi segmen cub tempatan yang setakat ini di kuasai oleh Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Dan jangan lupa Modenas juga secara diam-diam develope Modenas 150 yang di jangka di lancar pada tahun ini?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon