Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand. Sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand setiap hari, terutama di hujung minggu tapi paling ketara adalah kumpulan motosikal yang berkonvoi ke sana, malah ada yang pergi setiap hujung minggu. Mungkin hendak melawat masjid atau pantai yang menarik di sana.

Johari Osman, berusia 48 tahun berasal dari Kuala Lumpur. Beliau kini menetap di Satun bersama isterinya, Karlisa Latisya dan anak mereka Harris Mikael.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

Bekerja sebagai agen pelancongan sendiri, Johari telah berkongsi mengenai tip penting melancong di Thailand yang bukan saja panduan penting untuk yang berkonvoi motorsikal tetapi juga yang pergi secara travel berkereta atau menaiki flight.


12 Tip Penting Bila Menunggang Di Thailand


1. Patuhi Undang-Undang


Undang-undang trafik di Thailand lebih kurang sama dengan di Malaysia, seperti mematuhi lampu isyarat, tidak memotong di laluan kecemasan dan mengikuti halaju yang di benarkan. Perlu juga ingat 90 peratus dari penunggang motosikal di kawasan selatan ini tidak ada lesen dan tidak tahu undang-undang. Oleh itu, pandu atau tunggang dengan perlahan!

2. Jangan Mencucuk!


Jangan ekori kenderaan Thailand dengan rapat kerana mereka membelok tanpa memberi isyarat.

3. Jaga Halaju


Jangan memandu kereta sewa atau menunggang dengan laju kerana anda tidak tahu risiko jalanraya di sini. Ramai yang keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan atau membuat U-turn dari celah-celah semak.


4. Jika Berkonvoi, Buka Lampu Hadapan


Jika anda berkonvoi motorsikal atau kereta, buka lampu hadapan dan jangan membawa terlalu laju. Jika ada kenderaan Thailand mahu mencelah, biarkan kerana kita kena hormati mereka di tanah air mereka sendiri.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

5. Pandu Di Laluan Kanan


Tip ini bercanggah dengan undang-undang trafik tetapi di wilayah selatan, terutama di kawasan kampung, kenderaan tempatan banyak keluar dari simpang tanpa melihat. Untuk mengelakkan kejadian buruk, pandu di laluan kanan tetapi beri jalan sekiranya ada kenderaan laju dari belakang.

Walaupun kita memandu dengan sebaik mungkin, risiko kemalangan tetap wujud. Sekiranya berlaku kemalangan (harap di jauhkan) di Thailand, ini ialah nasihat yang diberikan oleh Johari.

6. Beli Insurans Lengkap, Bukan Yang Murah!


Ramai yang membeli insurans murah bila mahu masuk ke Thailand, dan semuanya tidak tahu apa yang di lindungi. Insurans dengan harga RM15 ke RM18 untuk seminggu itu sebenarnya hanya sekadar syarat sah untuk melepasi sempadan.

Beli insurans tambahan yang melindungi kenderaan anda, kenderaan dan orang yang anda langgar serta insurans PA untuk penumpang dan diri anda kerana kos hospital sangat mahal untuk pelancong asing di Thailand.

Sebab itu penting jika ada Medikal Kad kerana secara tak langsung boleh di gunakan sekiranya kecemasan dan boleh claim semula kos di Malaysia.

7. Gantung Kad Info Diri


Jika menunggang atau memandu secara solo, pastikan kita ada kad info yang digantung pada leher atau diletakkan di dalam kenderaan kita.

Di sini, Johari berkata anda boleh menulis nombor telefon beliau (HP: +666 2972 8939) untuk dihubungi dalam keadaan kecemasan kerana beliau fasih berbahasa Thai.

Johari juga sarankan kepada mereka yang sering menunggang di sana, masuk Faceook kumpulan Adventuring  kerana di sana ramai yang berkongsi info  dan ramai admin FB itu menetap di Thailand.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

8. Hubungi Rakan Yang Boleh Berbahasa Siam


Sekiranya kemalangan hubungi mereka secepat mungkin dan juga syarikat insurans anda.

9. Buat Laporan Polis


Selalunya pihak polis mahu selesaikan kes dengan segera. Sekiranya bayaran diminta, minta resit. Rasuah memang berleluasa, jadi anda perlu pandai mengawal keadaan supaya tidak menjadi mangsa, walaupun anda di pihak yang benar kerana di sana, orang luar sering dianggap bersalah.

Tip-tip lain yang diberikan oleh Johari ini juga menarik perhatian kami dan pastinya akan berguna bila ke sana nanti.

10. Jenis Bahan Api Di Thailand


Di sana, petrol disebut benzin, diesel dipanggil solar (kadang-kadang disebut “soha”). Petrol E20 lebih sesuai untuk enjin dengan suntikan bahan api (tetapi baik periksa buku manual kereta anda untuk kepastian) sementara petrol RON91, 95 dan ke atas sesuai untuk semua jenis kenderaan (kecuali jika enjin anda perlukan minyak dengan RON tinggi).


11. Makanan Halal


Di wilayah selatan, cari stesen minyak PTT kerana ia ada kedai 7-Eleven dan Amazon Cafe. Cari makanan dengan logo halal di kedai-kedai 7-Eleven. Namun begitu, jangan beli burger atau sosej atau nasi dalam pek kerana definisi halal pada mereka lebih kepada “tiada babi”

Ketuhar mikro (microwave oven) yang digunakan dikongsi dengan makanan dengan isi daging babi, oleh itu jangan di gunakan. Di kafe Amazon, anda hanya boleh minum kopi dan kek sahaja kerana yang lain tidak halal.


12. Ke Krabi Atau Phuket?


Jika anda mahu ke sana, gunakan pintu masuk Wang Kelian kerana ia lebih mudah dan tidak perlu beratur panjang. Ikut Wang kelian, ke Wang Prachan, kemudian ke Chalung, Langu, Thungwa, Trang (Pailan) dan anda akan tiba ke Krabi. Ke atas lagi, Phuket.

Waktu balik, anda boleh ikut Bukit Kayu Hitam pula. Ini bermakna laluan anda ialah Krabi – Trang – Phatalung, Songkhla (Hatyai) – Sadao dan Dannok.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

Kekeliruan nama-nama tempat di Thailand


Ramai yang keliru dengan nama-nama tempat di Thailand. Di sini ada wilayah (province), daerah dan bandar. Contohnya bandar Hatyai berada di dalam wilayah Songkhla. Bandar Songkhla berada di wilayah Songkhla. Sadao dan Dannok berada di dalam wilayah Songkhla. Trang dan Krabi juga adalah nama-nama wilayah.

Tak apa, jangan pening. Orang Thailand tahu ke mana kita mahu pergi kerana destinasi pelancongan sangat popular di sana. Johari banyak menawarkan perkhidmatan pelancongan di wilayah Satun. Anda boleh hubungi Johari untuk menempah bilik di Pak Bara, tiket feri ke Koh Lipe dan pelbagai lagi aktiviti pelancongan di wilayah Satun.

Johari juga sedang dalam usaha untuk memperkenalkan kembali Bahasa Malaysia di wilayah selatan Thailand. Wilayah tersebut memang menggunakan Bahasa Malaysia dari awalnya tetapi penggunaan tersebut makin pudar. Aktivis Bahasa Malaysia ini juga sering membuat kerja amal dengan menyalurkan derma-derma dari rakyat Malaysia kepada penduduk wilayah Satun yang daif.

Sekiranya anda ingin menghubungi Johari atau ingin menyumbangkan dana untuk projek-projek kemasyarakatan penduduk Muslim di sana, hubungi beliau di info di bawah.

  • Nama: Johari Osman
  • Nama gelaran: Cikgu Joe Malaysia
  • Nombor telefon: +666 2972 8939
  • Bank: Bangkok Bank
  • Nama pemegang akaun: Wanniya Haura
  • Nombor akaun: 455-0-47542-2
  • Cawangan bank: Langu
  • Email: karlisahalim@gmail.com
  • Alamat beliau: Cikgu Malaysia, 183, M5 , T Ban Khuan , A Mueng Satun , 91140, Thailand.

Di harapkan agar anda yang berminat menunggang di sana boleh hubungi Johari jika bercadang untuk bercuti di wilayah Satun kerana beliau boleh menguruskan penginapan dan makanan halal untuk ahli konvoi atau keluarga anda.

Selain itu di harap agar sesiapa yang mampu memberikan sumbangan untuk tabung bantuan beliau dan juga untuk menyokong aktiviti memperkembangkan Bahasa Malaysia agar kembali bertapak di wilayah selatan Thailand.

Ingat, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaum. Masuk negara orang, hormati orang di sana dan jaga nama agama dan negara kita.

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments


EmoticonEmoticon