Warna Dan Grafik Baru Yamaha M-Slaz 2017 Lebih Hebat

Yamaha M-Slaz menerima sambutan cukup baik di negara jiran Asean kita, agak sedih Hong Leong Yamaha Malaysia tidak membawa masuk model streetnaked ini ke Malaysia, melihat rekabentuknya M-Slaz pasti menjadi pilihan bagi penunggang muda. Walaupun M-Slaz sebelum ini sudah cukup menyerlah, kini warna dan grafik baru Yamaha M-Slaz 2017 lebih hebat!

Warna Dan Grafik Baru Yamaha M-Slaz 2017 Lebih Hebat

Walaupun warna dan grafik baru Yamaha M-Slaz 2017 hanya untuk pasaran Thailand, itu tidak menghalang anda dari membataskan kreativiti pada model yang hampir sama di Malaysia, sepertimana M-Slaz 2017 ini dengan lima pilihan warna baru yang lebih menarik dan segar,di padankan dengan corak grafik yang sporty. 

Warna Dan Grafik Baru Yamaha M-Slaz 2017 Lebih Hebat

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi Yamaha M-SLAZ 2017, ianya di kuasakan enjin 150cc 4lejang satu silinder SOHC, sejukan cecair dengan padanan transmisi 6-kelajuan, dengan sistem suntikan bahan api cukup berkuasa dengan penjimatan bahan api. 

Warna Dan Grafik Baru Yamaha M-Slaz 2017 Lebih Hebat

Ciri-ciri menarik lain seperti lampu jenis LED, paparan meter digital, suspensi belakang mono dengan lengan ayun aluminium, fork depan USD dan tayar bersaiz lebar. Rekabentuk M-Slaz merupakan faktor menjadikan ianya menarik.

Warna Dan Grafik Baru Yamaha M-Slaz 2017 Lebih Hebat

Di reka berkonsepkan Street Naked yang agresif, ianya adalah model yang lincah. Yamaha M-Slaz 2017 di datangkan dalam lima pilihan warna edisi istimewa menarik iaitu Dark Edition, Kuning, Oren-Hitam, Biru dan Hijau-Hitam.

Warna Dan Grafik Baru Yamaha M-Slaz 2017 Lebih Hebat

Selain Thailand yang bertuah menerima model M-Slaz ini, negara Asean lain yang turut mendapat model ini ialah Indonesia, Vietnam dan Filipina. Yang pasti Yamaha M-Slaz 2017 cukup hebat dengan warna dan gaya reka bentuk baru ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon