Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha MT-25 2017 Di Pasaran Indonesia

Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha MT-25 2017 Di Pasaran Indonesia dan ini adalah sama seperti Yamaha YZF-R25 2017 dengan tiga warna baru sebelum ini. Mungkin versi naked YZF-R25 ini lebih menarik dengan skim warna baru ini, mungkin anda perasan perbezaan ketara di gambar di bawah ini.

2017 Yamaha MT-25 Solid Blue

Dari sumber Yamaha Motor Indonesia, ini adalah kali pertama Yamaha MT-25 menerima skim warna dan grafik terbaru semenjak model ini di lancarkan di pasaran Indonesia pada tahun 2015. Mungkin Hong Leong Yamaha Malaysia juga dalam perancangan untuk versi warna terbaru MT-25 2017?

2017 Yamaha MT-25 Heroic Silver

Yamaha MT-25 2017 di datangkan dengan tiga warna terbaru yang ada hemat kami lebih menarik, versi warna Solid Blue lebih mantap dengan kerangka terellis dan sport rim dengan warna biru menyerlahkan lagi gaya street nakedbike, ini mungkin MT-25 yang paling menarik pernah di lihat.

2017 Yamaha MT-25 Black Strike

Versi Heroic Silver dengan warna perak dan jalur kuning menampilkan gaya moden dan juga versi Black Strike lebih ganas sesuai dengan tema" Darkness" untuk semua model MT dari Yamaha. Spesifikasi MT-25 2017 tetap sama dan harga di pasaran Indonesia sekitar Rp 46,600,000 (OTR Jakarta)

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon