Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha YZF-R25 2017 Di Pasaran Indonesia

Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha YZF-R25 2017 Di Pasaran Indonesia kini lebih kemas dan menarik dan yang pasti peminat R25 di Malaysia pasti cemburu melihat tiga skim warna terbaru ini iaitu Racing Blue, Diablo White dan Spectre Grey.

Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha YZF-R25 2017 Di Pasaran Indonesia


Tiada apa yang berubah dari segi spesifikasi Yamaha YZF-R25 2017, serba serbi tetap sama di kuasai enjin dua silinder sebaris 250cc DOHC 8 injap sejukan cecair, suntikan bahan api dengan transmisi 6-kelajuan, R25 mampu menghasilkan kuasa maksimum 26.5 kW/12,000rpm dengan tork maksimum 22.6Nm/10,000rpm. 

Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha YZF-R25 2017 Di Pasaran Indonesia

Buat masa ini YZF-R25 masih kekal raja kelas sportbike 250cc mengatasi pesaing terdekat Kawasaki Ninja 250, Honda CBR 250RR yang kini mula mengorak langkah mengemaskini model mereka bagi mencabar YZF-R25. Berat basah sekitar 166 kilogram dengan tangki bahan api mampu menampung14 liter petrol. 


Warna Dan Grafik Terbaru Yamaha YZF-R25 2017 Di Pasaran Indonesia

Walaupun hanya perubahan drastik skim warna dan grafik, segalanya masih memadai bagi YZF-R25 dan Yamaha mungkin tidak berfikir lagi untuk menaik taraf model ini dalam setahun lagi. Yamaha YZF-R25 2017 tersedia dalam dua varian ABS dan Non-ABS pada harga Rp. 61,600,000 (ABS, OTR Jakarta) dan Rp 55,600,000 (Non-ABS, OTR Jakarta). 

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon