Yamaha YZF-R1 2017 Versi Race Based Di Buka Tempahan Di Jepun

Yamaha YZF-R1 2017 Versi Race Based Di Buka Tempahan Di Jepun seperti info yang telah di terbitkan di laman sesawang rasmi Yamaha Motor Global, tempahan untuk model Yamaha YZF-R1 versi perlumbaan bagi musim 2017 di pasaran Jepun telah di buka bermula dari 19 Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017. 

Yamaha YZF-R1 2017 Versi Race Based Di Buka Tempahan Di Jepun

Oleh kerana ianya merupakan edisi terhad, YZF-R1 2017 versi perlumbaan ini hanya akan berada di tangan penunggang yang bertuah memilikinya mulai 25 April 2017.Apa yang menarik mengenai Yamaha YZF-R1 2017 versi perlumbaan ini? paling tentulah warna ‘Black Metallic X’ dan ini merupakan satu-satunya warna rasmi bagi model versi.

Yamaha YZF-R1 2017 Versi Race Based Di Buka Tempahan Di Jepun

Sama seperti Kawasaki ZX-10RR Winter Test Edition, ianya masih mengekalkan rekabentuk asal yang sama. Tetapi pihak Yamaha telah mengeluarkan kenyataan bahawa model YZF-R1 ini hanya untuk kegunaan di litar dan tidak boleh digunakan di jalan raya biasa, kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Yamaha YZF-R1 2017 Versi Race Based Di Buka Tempahan Di Jepun

Tidak di nyatakan pula apakah perubahan di bahagian enjin menjadi faktor ianya di larang beraksi di jalanraya. Walaupun Yamaha tidak menyatakan spesifikasi sepenuhnya, Yamaha YZF-R1 2017 versi perlumbaan ini di datangakan pada harga ¥ 2,052,000 (Manufacturer’s suggested retail price).

Yamaha YZF-R1 2017 Versi Race Based Di Buka Tempahan Di Jepun

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon