Yamaha YZF-R15 V3 2017 Di Lancarkan

Yamaha YZF-R15 2017 Di Lancarkan dengan pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Maverick Vinales menunggang R15 di atas pentas sebagai tanda di lancarkan secara rasmi.

Yamaha YZF-R15 V3 2017

Imbas kembali sejarah Yamaha YZF-R15, ianya merupakan motosikal kelas 150 cc yang pertama kali di lancarkan pada tahun 2008. Model dengan fairing penuh ini menerima wajah baru pada tahun 2011 dengan nama YZF-R15 V2.0 dan terkini Yamaha R15 V3.

Yamaha YZF-R15 V3 2017

Yamaha mengesahkan bahawa R15 baru ini lebih berkuasa, lebih pantas dan di lengkapi komponen yang lebih baik dari sebelumnya. Yamaha R15 V3 di kuasakan enjin satu silinder 155.1cc 4 lejang SOHC sejukan cecair. 

Yamaha YZF-R15 V3 2017

Enjin ini di padankan dengan transmisi 6 kelajuan. output kuasa 14.2 kW (20 PS) / 10000 rpm manakala output tork mencecah 14.7 Nm / 8500 rpm. Ini bermakna, berbanding dengan R15 V2, versi terbaru R15 V3 mempunyai lebih kuasa 3 PS lagi, dan yang paling berkuasa dalam segmen ini (Suzuki GSX 150 dengan 19 PS). 

Yamaha YZF-R15 V3 2017

Sistem penghantaran bahan api dari jenis FI, dan begitu juga dengan klac, tetapi kedua-duanya telah di kemaskini dengan teliti untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih halus dan dinamik. R15 V3 di lengkapi dengan Slipper Clutch.

Yamaha YZF-R15 V3 2017

Ciri-ciri baru lain yang di perbaharui termasuk lampu berkembar LED depan, kluster instrumen baru dengan pelbagai maklumat paparan, fork depan terbalik, sistem ekzos baru, fairing depan lebih aerodinamik, rim aloi baru, lampu belakang LED, LED side blinker, swing arm aluminium, kerangka Delta Box dan slipper clutch. Malangnya, ABS tidak di tawarkan.

Yamaha YZF-R15 V3 2017


Yamaha YZF-R15 V3 2017 di tawarkan dalam tiga pilihan warna baru yang menarik, Yamaha Blue, Matt Gray dan Marron. Ini model yang hebat dalam kelas 150cc 4 lejang, Hong Leong Yamaha Malaysia pun tahu model ini ramai peminat di Malaysia.

Yamaha YZF-R15 V3 2017

Spesifikasi Yamaha R15 V3 2017


  • Length – 1990 mm (R15 V2 – 1970 mm)
  • Width – 725 mm (R15 V2 – 670 mm)
  • Height – 1135 mm (R15 V2 – 1070 mm)
  • Wheelbase – 1325 mm (R15 V2 – 1345 mm)
  • Wet Weight – 137 kg (R15 V2 -136 kg)
  • Engine – Liquid Cooled 4-stroke, SOHC
  • Cylinder Arrangement – Single cylinder
  • Cylinder Volume – 155.1cc (R15 V2 had 150 cc)
  • Bore x Stroke – 58 x 58.7 mm
  • Compression Ratio – 11.6 : 1
  • Power – 14.2 kW (20 PS) / 10000 rpm
  • Torque – 14.7 Nm / 8500 rpm
  • Starting System – Electric
  • Fuel Tank – 11 liters
  • Fuel System – Fuel Injection
  • Clutch Type – Wet Type Multi-Plate Clutch
  • Front Tyre – 100/80-17M/C 52P
  • Rear Tyre – 140/70-17M/C 66S
  • Front Disc – 282 mm
  • Rear Disc – 240 mm

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon