Young Machine Dedahkan Rekaan Terbaru Yamaha YZF-R25 Dan Kawasaki Ninja 250 2017

Young Machine Dedahkan Rekaan Terbaru Yamaha YZF-R25 Dan Kawasaki Ninja 250 2017, sebelum ini peminat permotoran dunia telah di dedahkan dengan rekaan terbaru Kawasaki Ninja 250 2017 yang lebih agresif. Tetapi kali ini lebih menarik apabila Young Machine turut mendedahkan gambaran terbaru update terkini Yamaha YZF-R25 yang di jangkakan akan di lancar untuk pasaran dunia tahun 2017 ini.

Semacam ada pakatan di antara dua pengeluar gergasi permotoran dunia ini, info terbaru juga menyatakan Kawasaki Ninja 250 versi terbaru 2017 mungkin akan di perkenalkan pada tahun ini atau mulai tahun depan, ataupun mungkin mereka menunggu setelah CBR 250RR telah berada di pasaran seluruh dunia sebelum itu....


Tidak pasti adakah gambaran dari Young Machine mengenai rekabentuk baru Yamaha YZF-R25 2017 ini sama seperti yang di rahsiakan pihak Yamaha ketika ini. Tetapi melihat dari gambaran di atas, YZF-R25 2017 ini pasti bakal kembali sebagai saingan hebat untuk terus merajai kelas Sportbike 250cc ketika ini.

Lihatlah pada reka bentuk fairing depan dengan lampu berkembar baru yang lebih berkarektor dan lebih aerodinamik. Rekaan fairing baru R25 2017 ini pasti untuk memaksimakan prestasi pecutan tertinggi untuk membelah angin kuat di depan. Tangki, ekor belakang dan mudguard depan belakang juga turut di naik taraf dan berbeza dari versi asal R25 sebelum ini menjadikan R25 terbaru ini lebih ramping dan egronomik. kedua-dua model R25 dan Ninja 250 turut di lengkapi suspensi depan jenis Up Side Down.

Namun sehingga setakat ini, tidak di ketahui lagi apakah peningkatan enjin yang di lakukan Yamaha dan Kawasaki terhadap R25 dan Ninja 250 bagi memberi tindak balas pada CBR 250RR yang ketika ini paling berkuasa kelasnya mengatasi Yamaha YZF-R25, dan sudah tentu Kawasaki setelah kalah kepada Yamaha sebelum ini.

Pasti ramai peminat tidak sabar, melihat rekaan terbaru yang cukup memukau ini, Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250 2017 ini seperti tidak sabar untuk beraksi. Paling hebat Yamaha cukup panatas bertindak balas... Jangan lupa Suzuki juga dengan GSX-250R, sedikit ketinggalan tapi tak mustahil bakal ada perubahan besar akan datang.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon