Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan seperti di nyatakan oleh sumber permotoran dari India iaitu Maxabout telah mendedahkan Benelli di katakan bakal melancarkan versi naik taraf untuk model TnT 15 yang akan mengunakan nama baru iaitu Benelli TNT 150. Dan info ini di perkuatkan dengan video teaser Benelli TnT 150 2017 yang telah mula di kongsi di halaman YouTube.

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Mungkin ramai peminat permotoran di Malaysia masih tidak tahu mengenai model 150cc dari Benelli ini, ini kerana di Asean hanya negara Vietnam dan Indonesia antara negara yang menerima kemasukkan model ini, tidak pasti mengapa tiada kemasukkan di Malaysia, mungkin Benelli lebih nampak pasaran 600cc yang lebih baik di Malaysia ketika itu dengan model TnT600?

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Ataupun mungkin Benelli seperti tidak yakin rekabentuk dan spesifikasi TnT 15 akan dapat bersaing dengan model 150cc yang lebih hebat ketika itu seperti Yamaha FZ150i dan CB150R dan ketika ini Yamaha sedang hebat dengan M-Slaz, dan adakah Benelli sudah cukup bersedia dengan TnT 150 2017 ini?

Benelli TnT15 versi lama

Jika di lihat perbandingan gambar dari model sebelum ini dan juga versi terbaru naik taraf, anda peminat permotoran sudah pasti dapat mengagak Benelli sudah cukup bersedia dengan TnT 150 yang hadir dengan rekabentuk baru dan teknologi lebih agresif.

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Perbezaan terbesar sudah tentu pengunaan casis jenis terellis mengantikan casis jenis berlian sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa TNT 150 di kelaskan sebagai naked steetfighter kelas 150cc dan seperti ingin mahu menyerang M-Slaz secara berdepan!

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Fork depan TnT 150 ini juga di lengkapi dari jenis USD mengantikan teleskopik sebelum ini, sistem brek belakang juga di ganti dengan jenis cakera. Perbezaan cukup besar, dan ini menunjukkan TnT 150 cukup agresif!

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Sedikit mengenai spesifikasi enjin, Benelli TnT 150 2017 di kuasakan enjin satu silinder 148cc dua injap sejukan udara, dengan transmisi 5 kelajuan. Di nyatakan berapa kuasa hp dan tork maksimum mampu di capai. Tunggu sahaja pelancaran rasmi tahun ini.

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Bagi peminat di Malaysia, sudah pasti kita mengharap satu lagi kemasukkan model seperti ini yang di lihat mampu menambah pilihan di pasaran, mungkin Benelli mampu mengisi pilihan ini? Benelli TnT 150 sangat berpotensi di pasaran Asean terutama Malaysia.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon