Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India secara rasmi setelah pengumuman secara rasmi mengenai kehadiran model streetbike 250 cc yang kini telah di naik taraf, dan ianya tepat Yamaha FZ25 2017 di lancarkan pada 24 Januari 2017 yang lalu. Hebat Yamaha selepas lancarkan YZF-R15 V3 di Indonesia, kini mereka terus kukuhkan segmen pasaran model baru Yamaha 2017 di Asia.

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Tidak sah memperkatakan mengenai kuasa enjin yang menjadi nadi dan pengukur kemampuan sesebuah motorsikal, Yamaha FZ25 2017 di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 250cc BLUE CORE SOHC dengan suntikan bahan api Fi. Mungkin ramai peminat Yamaha menyedari logo BLUE CORE yang di lihat pada mesin MotoGP Yamaha, untuk info model generasi terbaru Yamaha bermula 2016 akan mengunakan enjin elemen BLUE CORE yang mempunyai kecekapan penggunaan bahan api di samping lebih mesra alam tanpa mengurangkan prestasi semasa enjin. 

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Enjin baru BLUE CORE 250cc ini mampu menjana kuasa 20.9PS @ 8000rpm dengan kuasa tork maksimum 20.0Nm @ 6000rpm. Tetapi sayang ianya hanya transmisi 5-kelajuan (Constant mesh, 5-speed). Jika transmisi gear 6 kelajuan pasti prestasinya lebih baik pada gear pertengahan dan puncak. Mungkin ini satu satunya kekurangan pada FZ25 ini. Tetapi sistem ekzos tampil dengan rekabentuk baru lebih menarik.

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Yamaha FZ25 2017 ini di lengkapi dengan lampu depan dan belakang jenis LED, rekabentuk fairing, cowling sisi kiri kanan, tangki dan ekor sememangnya menampilkan DNA model FZ yang lebih besar, seperti model FZ8.  Suspensi depan belakang di tala semula untuk lebih selesa, gabungan sistem brek cakera depan belakang, rim aloi yang ringan menjadikan pengendalian FZ25 2017 lebih baik dari model sebelumnya.


Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Yamaha FZ25 akan berada di pasaran India bermula pada bulan Februari 2017, di datangkan dalam tiga varian warna biru, putih dan hitam, harga jualan seunit di sama sekitar INR 119,500 bersamaan dengan RM7,785.43 berdasarkan kadar tukaran mata wang semasa. Cukup murah bagi sebuah model berkualiti tinggi di sana. Tak hairan India menjadi sasaran pengeluar besar seperti Yamaha.

Spesifikasi Yamaha FZ25 2017

  • Engine type: Air cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve
  • Displacement: 249cm3
  • Bore & stroke: 74.0×58.0mm
  • Compression ratio: 9.8:1
  • Maximum horse power: 15.4kW(20.9PS)/8000r/min
  • Maximum torque: 20.0Nm(2.0kgfm)/6000r/min
  • Overall Length: 2015mm
  • Overall Width: 770mm
  • Overall Height: 1075mm
  • Seat Height: 795mm
  • Wheelbase: 1360mm
  • Minimum ground clearance: 160mm
  • Weight(with oil & a full fuel tank): 148kg
  • Minimum turning radius: 2.5m
  • Frame type: Diamond
  • Tubeless tire size (Front): 100/80-17M/C 52P Tubless
  • Tubeless tire size (Rear): 140/70-17M/C 66S Tubless
  • Brake Type(Front): Hydraulic single disc brake
  • Brake Type(Front): Hydraulic single disc brake
  • Diameter of brake disk (Front): 282mm
  • Diameter of brake disk (Rear): 220mm
  • Suspension type(Front): Telescopic fork
  • Suspension type(Rear): Swingram (Monocross)
  • Fuel Tank Capacity: 14L
  • Carburetor type/Fuel Supply: Fuel injection
  • Clutch type: Wet,multiple disc
  • Transmission type: Constant mesh,5-speed
  • Shift type: Return
  • Shock absorber assembly type (Front & Rear): Coil spring/Hydraulic Damper
  • Hydraulic bulb type: LED
  • Headlight: LED
  • Auxiliary light: 12V,5W x 1
  • Brake/Tail light: LED
  • Turn signal light (Front & Rear): 12V,10W x 2
  • Fuel gauge: Digital
  • Clock: Digital
  • Speedometer: Digital
  • Fuel consumption indicator: Equipped

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon