Update Terbaru Honda Wave Alpha 2017, Harga Dari RM4,535

Update Terbaru Honda Wave Alpha 2017 yang mungkin agak minimal tetapi sangat mencukupi bagi model segmen moped seperti ini. Mari kita lihat dengan lebih dekat mengenai Honda Wave Alpha 2017 yang di katakan sebagai peneraju segmen kapcai kelas kecil di Malaysia yang berharga dari RM4,535 ini.

Update Terbaru Honda Wave Alpha 2017, Harga Dari RM4,535

Di sahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), Honda Wave Alpha di war-warkan sebagai motorsikal dengan kecekapan ekonomi bahan api yang lebih baik daripada sebelum ini. Di kuasakan enjin satu silinder 109.1 cc sejukan udara OHC dengan kotak gear empat kelajuan dengan sistem klac automatik. Honda Wave Alpha ini mampu menjana 8.3 hp @ 7,500 rpm manakala tork maksimum pada 8.59 Nm @ 5,500 rpm.

Update Terbaru Honda Wave Alpha 2017, Harga Dari RM4,535

Dengan tangki bahan api mampu menampung petrol sebanyak 3.7 liter. Ruang simpanan barang di bawah pelana cukup besar untuk menyimpan tas tangan bagi wanita untuk mengelak dari di ragut dan juga simpan baju hujan anda sebagai langkah berjaga.

Update Terbaru Honda Wave Alpha 2017, Harga Dari RM4,535

Honda Wave Alpha 2017 di datangkan dengan dua varian berbeza dari segi pengunaan sistem brek dan juga warna. Di datangkan dengan tiga varian warna menarik iaitu Pearl Nightfall BluePearl Magellanic Black dan Vivacity Red Wave Alpha.

Update Terbaru Honda Wave Alpha 2017, Harga Dari RM4,535

Harga bagi Honda Wave Alpha 2017 dengan brek drum dan sport rim berharga RM4,535.74 dan model brek cakera dengan sport rim juga berharga RM4,927.74 termasuk GST. Honda Wave Alpha 2017 kini boleh di dapati di semua pengedar sah Boon Siew Honda di seluruh Malaysia.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon