Benelli 302R 2017 Di Lancarkan, Harga Asas RM23,201

MForce Bike Holdings Sdn Bhd bukan sahaja melancarkan Benelli RFS 150i untuk menyerang pasaran moped Malaysia, malah Benelli 302R 2017 turut di lancarkan dengan harga asas RM23,201 bagi memeriahkan persaingan kelas sportbike yang ketika ini cukup padat dengan saingan dari Yamaha, Honda, Kawasaki dan KTM.

Benelli 302R 2017 Di Lancarkan, Harga Asas RM23,201

Di kuasakan enjin empat lejang dua silinder sebaris 300cc, sejukan cecair DOHC dengan lapan injap, Benelli 302R mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 38hp pada 10,000rpm dan kuasa tork 27.4Nm pada 9,000rpm. cukup berkuasa bersaing dengan mana-mana sportbike 250cc ke 300cc di pasaran ketika ini.

Benelli 302R 2017 Di Lancarkan, Harga Asas RM23,201

Bagi meletakkan Benelli 302R hebat dari segi pengendalian yang lincah dan ringan, 302R lengkap dengan fork depan terbalik berukuran 120mm dan monoshock 45mm di belakang. Sistem brek juga cukup mantap dengan brek disc berukuran 260mm yang di datangkan standard dengan ABS untuk kuasa berhenti lebih cekap dan selamat, dengan cakera 240 mm tunggal di belakang.

Benelli 302R 2017 Di Lancarkan, Harga Asas RM23,201

Benelli 302R 2017 di lengkapi dengan tangki minyak 14 liter, dengan berat kering 190 kg... jika berat dapat di turunkan mungkin lebih lincah dan berkuasa... Tiga pilihan warna yang di tawarkan - putih / merah, hitam / merah dan perak / hijau.

Benelli 302R 2017 Di Lancarkan, Harga Asas RM23,201

Sejauh mana spesifikasi Benelli 302R 2017 mampu bersaing hebat dengan R25, CBR 250, Ninja dan RC? ya mungkin sedikit berlainan cc tapi kesemua model di atas tetap dalam kelas sportbike. Masing-masing melektakkan keunikkan tersendiri. Tetapi pakej Benelli 302R juga hebat dengan tawaran harga lebih baik.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon