KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan oleh Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd selaku pemegang francais jenama KTM di Malaysia dan kedua dua model terbaru 2017 ini menampilkan beberapa perubahan kosmetik dan mekanikal berbanding sebelumnya.

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

Bagi model KTM Super Duke R 2017 yang di jual pada harga RM118,000 di Malaysia ini di kuasakan enjin LC8 V-Twin yang mampu menghasilkan kuasa kuda maksima sebanyak 177hp dan kuasa tork maksima 141Nm. Sememangnya ianya paling berkuasa dalam kelas nakedbike 1 liter.

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

Reka bentuk luaran memang hebat dan menonjol, seperti model Duke 200, 250 dan 390 yang lebih tajam. Fairing depan Super Duke R 2017 juga lebih tajam dan bersegi dengan penggunaan lampu LED bersama lampu nyalaan siang (DRL), cukup terserlah penampilan. KTM Super Duke R 2017 juga turut mendapat tambahan gajet moden seperti paparan meter jenis TFT pelbagai fungsi selain lengkap dengan Cruise Control. Lain-lain spesifikasi seolah tidak perlu di naik taraf kerana sudah cukup hebat dan bagus.

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

KTM Super Adventure S 1290 2017 juga turut di naik taraf walaupun agak minor tetapi ianya cukup hebat bagi sebuah model kelas sport touring ini. Di kuasakan enjin LC8 yang sama di pasangkan pada model Duke. Kuasa kuda enjin di pertingkatkan kepada 160hp dan 141Nm tork, sedikit rendah dari Super Duke R.

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

Sebagai sebuah motorsikal kelas Sport Touring, Casis asal model Super Adventure S 2016 telah di perbaharui dan kini lengkap dengan bar hendal lebih lebar dan tinggi dengan penghadang angin hadapan untuk lebih selesa. Di lengkapi suspensi fork jenis USD bersaiz 48mm dan monoshock belakang yang boleh di laras pra beban, ciri penting bagi sebuah motorsikal touring.

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

Walaupun lebih murah dari Super Duke R, harga asas KTM Super Adventure S 1290 hanya RM115,000 , ya lebih murah. Tetapi lengkap dengan tambahan gajet hebat motorsikal seperti sistem kawalan enjin pelbagai, brek Brembo dengan ABS bersama Motorcycle Stability Control, kawalan cengkaman yang sensitif dengan tebing, sistem pemantau tekanan tayar dan hill hold control.

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 Di Lancarkan

KTM Super Duke R Dan KTM Super Adventure S 1290 2017 memberi isyarat kuat bahawa mereka pencabar serius kelas ini. Dengan harga setara dengan prestasi di milik. Kedua model ini patutu di pertimbangkan.

I'm Big Fan Of Motorcycles

2 comments

ketam oren dah beranai tembusi pasaran malaysia..tahniah bersaing dgn geng jepun pulak


EmoticonEmoticon