Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya, perjanjian dengan Dorna akan melihat Triumph membekalkan enjin versi yang diubah suai khas dari model enjin tiga silinder 765cc, ianya adalah enjin dari model Speed Triple baru yang kini telah dalam pengeluaran.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Sedikit spesifikasi enjin baru Moto2 ini, enjin telah ini di ubahsuai untuk menghasilkan lebih banyak kuasa dan tork, dan tindak balas kuasa lebih sempit. Kepala silinder di ubahsuai, inlet dan exhaust ports mempunyai ruang udara lebih baik, titanium valve dan stiffer springs yang lebih keras membolehkan enjin untuk di rev lebih bebas, dan menjadikannya lebih mudah kawalan ketika di bawah brek.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Gear pertama lebih tinggi menggantikan nisbah dari model jalanan biasa, dan penggunaan race alternator dan racing clutch meningkatkan kuasa tapi mudah di kawal. Enjin akan menghasilkan 133hp dan 59 lbs • ft tork pada mulanya.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Objektif kepada pembangunan enjin tiga silinder Moto2 baru ini ialah kebolehpercayaan dan ketahanan, dan bukannya kuasa kuda di utamakan. Enjin adalah satu elemen dalam pasukan Moto2 yang tidak boleh di sentuh, mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi dan mereka tahu enjin ini akan menamatkan perlumbaan tanpa meletup atau kehilangan kuasa ketika perlumbaan yang panjang dan di bawah pengaruh cuaca dan suhu litar yang tinggi.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Enjin Moto2 Triumph ini telah diuji oleh Julian Simon di Motorland Aragon circult beberapa minggu lepas. Dan ianya positif.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Ia telah diuji dalam satu casis Moto2 khas yang di bina oleh Triumph, walaupun Paul Stroud, Ketua Pegawai Komersial Triumph Motorcycles, menolak kemasukan pasukan Moto2 Triumph kerana ia adalah amat bertentangan dalam prinsip Triumph sebagai pembekal rasmi nanti.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Enjin akan disediakan kepada pengeluar casis Moto2 tidak lama lagi, supaya mereka boleh meneruskan kerja-kerja mereka bentuk casis baru yang akan di gunakan pada 2019. Alex Baumgärtel daripada Kalex berkata bahawa beliau menjangka kerja rekabentuk akan bermula lewat tahun ini, dengan ujian pertama di jangka pada akhir 2017.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Rasional Triumph dalam perlumbaan Moto2 merupakan suatu latihan dalam penjenamaan. Pendedahan tambahan sebagai pembekal rasmi Moto2 kelak akan membawa dorongan besar untuk jenama Triumph, pendedahan penting pasaran luar negara yang semakin meningkat.

Enjin Tiga Silinder Triumph Untuk Kejohanan Moto2 Bermula 2019 Dan Seterusnya

Penjenamaan Triumph dalam Moto2 akan lebih menonjol daripada pembekal semasa Honda, setiap mesin Moto2 akan yang mempunyai pelekat jenama Triumph pada fairing, dan di atas bahu setiap pelumba.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon