Warna Dan Grafik Baru Honda MSX 125 2017

Warna Dan Grafik Baru Honda MSX 125 2017? ya tak sampai setahun Boon Siew Honda lancarkan Honda MSX 125, mereka telah mengemaskini kembali model ini bagi memperkukuhkan segmen kelas minibike. Kali ini warna dan grafik yang di pertaruhkan lebih segar dan bertenaga.

Warna Dan Grafik Baru Honda MSX 125 2017

Masih mengekalkan spesifikasi dan enjin yang sama, Honda MSX 125 yang lebih di kenali sebagai Honda Groom di Thailand ini kekal di kuasakan enjin satu silinder empat lejang 125cc sejukan udara yang mematuhi peraturan Euro3, mampu menghasilkan 9.6hp pada 7,000 rpm dan 11Nm tork pada 5,250 rpm, ianya mengunakan sistem suntikan bahan api Honda PGM-FI bagi melancarkan kuasa dan menjimatkan petrol. 

Warna Dan Grafik Baru Honda MSX 125 2017

Tangki bahan api adalah 5.7 liter dan sistem transmisi adalah 4 gear kelajuan. Berat basah bagi MSX 125 sekitar 102 kg. Sistem suspensi depan MSX 125 dari jenis fork USD 31mm dan sistem monoshock di belakang, dengan hidraulik tunggal, sistem brek dari jenis cakera depan dan belakang dan roda bersaiz 12 inci. Ok cukup dengan spesifikasi...

Warna Dan Grafik Baru Honda MSX 125 2017

Warna dan grafik baru Honda MSX 125 2017 kali ini lebih menarik dari model pertama di lancarkan. Mempertaruhkan warna menarik Merah Jambu yang sangat sesuai bagi penunggang wanita. Bukan itu sahaja malah warna Lemon Ice Yellow turut menarik, lebih cool.. kami sukankan versi warna ini, lebih sesuai dengan gayanya yang funky.

Warna Dan Grafik Baru Honda MSX 125 2017

Dua warna lain yang boleh di dapati iaitu warna Biru bagi yang sukakan warna sejuk dan Merah bagi yang mahukan gaya yang lebih garang. Harganya? harga Honda MSX 125 ini adalah RM11,128.94 (asas tidak termasuk GST). 

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon