Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Yamaha Star Venture Bakal 2017 Saingi Honda Gold Wing dan kali terakhir Yamaha mengeluarkan model cruiser seperti ini sekitar tahun 2000. Star Venture merupakan model serba baru yang di reka dengan pelbagai peralatan moden bagi menjadikan tunggangan lebih selesa dan berkuasa.

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Yamaha Star Venture di kuasakan enjin V-twin 1,854 cc dengan sistem penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api Yamaha Fuel Injection dengan YCC-T dan D-Mode. Di padankan dengan transmisi enam kelajuan, enjin V-twin ini mampu menghasilkan kuasa 171 Nm tork kepada tayar belakang yang di kawal melalui sistem pacuan tali sawat.

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Yamaha Star Venture agak berat juga dengan berat kering keseluruhan sekitar 434 kg, tetapi Yamaha menyatakan ia masih mudah di kawal hasil daripada pembahagian berat yang sekata dan tinggi tempat duduk hanya 27.4 inci. 

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Selain itu, Yamaha turut melengkapkan motosikal ini dengan motor elektrik untuk membantu penunggang mengundur atau bergerak ke hadapan perlahan-lahan, sama seperti ciri yang di lengkapi pada Honda Gold Wing. Sebagai sebuah motosikal untuk perjalanan jauh, Star Venture dilengkapi dengan tangki minyak 25 liter, dan ruang simpanan yang besar di bahagian belakang dan sisinya. 

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Tidak cukup dengan itu, Yamaha Star Venture turut di lengkapi dengan sistem elektronik moden termasuk sistem pendikit ride-by-wire, dua mod kuasa, cruise control, brek ABS, traction control dan sistem pemula tanpa kunci. 

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Untuk sistem hiburan dan informasi, terdapat tiuch screen tujuh inci dengan sambungan bluetooth dan USB. Selain itu, ia turut mempunyai dua soket pengecas USB, pembesar suara, lampu utama LED, penghadang angin yang boleh dilaras secara elektronik dan pelantar kaki yang luas.

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Tidak lengkap tanpa di nyatakan sistem suspensi, Yamaha Star Venture mengunakan fork hadapan 46 mm, suspensi belakang boleh laras secara elektronik, tayar bersaiz 130/70 R16 di hadapan dan bersaiz 200/55 R16 di belakang, sistem brek depan dengan cakera 298 mm berkembar dan brek cakera 320 mm di belakang serta penyandar berkusyen untuk penumpang belakang yang selesa untuk jarak perjalanan jauh.

Yamaha Star Venture 2017 Bakal Saingi Honda Gold Wing

Yamaha Star Venture bakal di pertontonkan dan di lancarkan seawal Ogos 2017 di Amerika Syarikat. Tetapi bagi yang berminat anda boleh membuat tempahan yang kini sudah di buka dengan harga bermula USD24,999 (RM106,495) bagi model asas... tak termasuk GST, insuran dan cukai lagi tu kot...

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon